Status ; Assalamualaikum. Blog ini dihasilkan khas bagi melaksanakan tugasan cuti sekolah yg diberi oleh Abah Sehebat, Cikgu Din. Enjoy your readng. And lastly, have a nice flying here.
Coretan Kalbu
Kau Istimewa
Monday, December 16, 2013 | 3:11 AM | 0 Rain[s]
             Kedengaran azan Subuh berkumandang sayup-sayup daripada masjid berdekatan. Nur Auni Husna bangun dari pembaringannya sambil menggosok-gosok matanya. ''Uuuurrgghhh. Tidur yang cukup akan menjamin hari yang baik!'', kata Auni bagi memberi semangat yang positif untuk dirinya. Auni bingkas bangun dan terus berjalan sambil mencapai tuala lalu masuk ke bilik air. Selesai mandi, Auni bingkas mengambil wudhuk bagi menunaikan solat fardhu Subuh. Usai menunaikannya, dia bangun dari tikar sejadah lalu mengambil naskah al-Quran yang diletakkan di atas kabinet bersebelahan dengan almari baju milik Auni. Sudah menjadi rutin hariannya untuk membaca sehelai muka surat daripada kalam Allah itu. Sesudah itu, Auni lekas mengenakan baju kurungnya yang berwarna hijau muda dengan tudung yang sedondon sambil mencalitkan bedak nipis ke mukanya yang halus dan mulus. Sambil melihat cermin Auni berkata'' Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku hari ini. Amin.'' Sekilas jam di dinding dilihat, ''Ya Allah, dah pukul 6.55. Aduh, kalau aku lambat ni, mesti jalan sesak.'' Tiba-tiba kedengaran suara ibu dari bawah,''Auni, cepat sikit turun. Ibu dah siapkan sarapan ni, nanti tak sempat pulak nak ke sekolah.'' Lantas Auni menyahut,''Ye ibu. Auni dah siap ni.'' Terus kakinya melangkah menuruni anak tangga terus ke meja makan. Dilihatnya, ayah sudah pun duduk di meja sambil membaca surat khabar di tablet khas miliknya. Dunia sekarang sudah jauh berubah, dimana semua benda sudah canggih dan pintar. Pada zaman canggih ini, manusia sudah tidak perlu untuk ke kedai bagi membeli surat khabar, tetapi hanya membacanya di tablet yang akan di kemaskini untuk berita yang terkini. Tepat pada jam 6.30 pagi, tablet itu secara automatiknya akan berbunyi menandakan berita baru untuk hari ini sudah dikeluarkan. Oleh itu, kita boleh menjimatkan penggunaan kertas di samping pokok-pokok tidak lagi perlu ditebang. ''Ibu masak apa pagi ni? Bau macam sedap je'', usik Auni. '' ''Ala, ibu masak simple je, nasi goreng kasih sayang,'' balas ibu dari dapur. Auni bingkas bangun dari tempat duduknya lalu melangkah ke dapur untuk menolong ibunya. ''Hah, alang-alang kat dapur ni, tolong bawak teko tu ke depan. Ayah dah tunggu lama dah tu. Jangan lupa cawan sekali.'' pesan ibu. ''Ye ibu. Auni tahulah. Apalah ibu ni,'' sambil tertawa kecil melihat kerenah ibunya. Begitulah gelagat Puan Airiesya. Kata-katanya penuh peringatan. Selesai semuanya, Auni dan Puan Airiesya langsung duduk di meja makan bagi bersarapan pagi. Menu yang cukup ringkas, nasi goreng merah bersama air teh. Biarpun hanya itu, sudah cukup bagi Auni sekeluarga. Biarpun keluarga Auni sebuah keluarga yang dihormati, namun dari kecil Auni dan adik-adiknya,  Nur Adra Husna dan Muhammad Amir Haikal sudah dididik agar sentiasa bersederhana.
           
           Hakikatnya keluarga Auni begitu dihormati kerana ayahnya ialah seorang profesor yang telah mencipta satu alat yang canggih iaitu sebuah kereta yang sungguh praktikal yang tidak menggunakan petrol dan serta sangat secure kerana ianya tidak memerlukan kunci untuk membukanya tetapi hanya menggunakan password tersendiri yang hanya dimiliki oleh pemiliknya. Dan sekarang di bumi Xenia, hampir keseluruhan penduduknya menggunakan kereta ciptaan ayahnya yang diberi nama Yaxie Car. Pada permulaan penciptaan Yaxie Car, cadangan Profesor Hakim iaitu ayah Auni telah ditentang hebat. Namun berkat usaha dan doa yang tidak henti-henti dipohon, akhirnya cadangan itu diterima atas sebab-sebab tertentu. Ini kerana pembuatan kereta itu tidak menelan belanja yang besar dan sangat mesra alam. Kini Profesor Hakim sedang berkhidmat di Pusat Sains Xenia bagi mencipta lagi alatan yang berkualiti di samping mesra alam.

               ''Auni, duk buat apa mengelamun tu. Makan cepat. Ayah kamu dah nak bertolak dah tu. Ehh, budak ni. Tengah makan pun bole mengelamun.'' bebel Pn. Airiesya. ''Ye, ibu. Heheh. Sorry bu.''kata Auni. Lantas terus dia pergi bersalaman dengan ayahnya. ''Kamu pandu baik-baik. Lalu lintas kat udara tu selalu sesak pagi-pagi ni. Tadi pun ayah ada baca yang semalam baru berlaku kemalangan dekat depan sekolah kamu.'' nasihat ayahnya. ''Baiklah ayah, in shaa Allah semuanya akan selamat.'' balas Auni. ''Hah, apa kamu tercegat lagi ni, cepat ambil beg kamu tu. Tengok jam dah pukul berapa ni, dah 7.10. Nanti lambat kamu nak fingerscan.'' arah Pn. Airiesya. ''Yee ibu. A'ahlah. Oke bu, jalan dulu.'' sambil bersalaman dengan ibunya lantas terus ke Yaxie Car miliknya yang berwarna biru muda yang kelihatan amat comel. Nur Auni Husna, kini bergelar Cikgu Auni di sekolah ternama Xenia. Beliau yang merupakan seorang pemegang ijazah sarjana muda pendidikan dari sebuah universiti tempatan telah memulakan khidmatnya sebagai seorang guru sejak 5 bulan yang lalu. Bersama-samanya ada cikgu seorang guru baru bernama Imran Haikal yang merupakan pemegang ijazah seperti Auni cuma dari universiti yang berlainan. Adik Auni, Adra kini sedang melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti ternama Xenia dalam bidang perubatan. Minat adiknya yang seorang itu lebih kepada bidang sains seperti ayahnya. Manakala adiknya yang bongsu, Amir kini sedang berada di tingkatan 5 dan bakal mengambil peperiksaan penting iaitu SPM. Amir kini bersekolah di sekolah berasrama penuh di Xenia. Jadi hanya Auni saja yang tinggal di rumah. 

                                    ************************************************

              ''Alhamdulillah, lalu lintas di udara tak sesak mana.'' monolog hati Auni. Pada era ini, jalan pengankitan sudah jauh lebih maju. Lalu lintas bukan sahaja berlaku di darat malahan udara juga. Dengan ini waktu perjalanan dapat dipercepatkan dan masalah lalu lintas dapat dikurangkan. Kereta Yaxie ini juga berfungsi dengan arahan suara. Ia dicipta seperti kereta biasa, ada stereng dan handbrake, cuma yang lain-lain cuma perlu diberi arahan suara. Setelah sampai di selekoh untuk ke sekolah, Auni lantas berkata''signal ke kanan.'' sambil tangannya memusingkan stereng kekanan. Sebaik saja melintasi pondok pengawal, Pak Mat sudah menyapa. ''Assalamualaikum Cikgu Auni. Amboi, kemain ceria hari ni Pak Mat tengok?'' ''Heheh.. takdelah Pak Mat. Macam biasa je. Yelah. Kita mestilah kena ceria selalu. Baru senang hati tak gitu? Okelah Pak Mat, Auni masuk dulu ya? Assalamualaikum.'' ''Waalaikumsalam'' jawab Pak Mat. Auni dengan segera meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta yang dikhaskan buat guru-guru. Tidak lama selepas dia keluar daripada tempat duduk belakangnya untuk mengambil barang, dia terdengar dari jauh namanya dipanggil. ''Auni,Auni,sinilah..'' jerit si pemanggil. Lantas Auni berpaling ke arah suara itu. ''Oh, awak Cikgu Imran. Lambat sampai. Selalunya awaklah yang paling awal.'' kata Auni. ''Hari ni bangun lambat. Tu yang lambat sampai ni.'' kata Imran sambil tersengih. Itulah Imran. Murah dengan senyuman. Tidak kurang juga dengan mukanya yang walaupun tidak kacak namun  sedap mata memandang. Begitu juga dengan ilmu agamanya. Sedikit sebanyak hati Auni terpaut pada Imran tetapi hanya dipendam saja perasaanya. ''Eh, awak dah fingerscan? Dah lambat ni. Saya gerak dululah ye?'' kata Auni. ''Eh, a'ahlah. Ok, awak jalanlah dulu, saya nak ambil barang sikit kat bonet.'' balas Imran.

                                   **********************************************

             Auni terus berjalan pantas menghala ke arah pejabat pentadbiran sekolah. Ketika itu ada juga beberapa pelajar yang bertembung dengannya dan memberi salam. Anak-anak zaman sekarang sangat bagus. Ini kerana dasar pendidikan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Xenia yang menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak dengan pendidikan agama kerana bagi mengelakkan lahirmya anak-anak yang tidak berakhlak. Alhamdulillah negara Xenia adalah sebuah negara Islam dan semua penduduk Xenia yang perempuan diwajibkan memakai tudung mengikut syariat Islam. Ini semua berkat pemerintah Xenia yang sangat menitik- beratkan segala perintah Islam. Tambahan juga undang-undang Xenia juga mengikut undang-undang seperti yang ditulis di dalam al-Quran. Kepada mana-mana rakyat Xenia yang melanggar undang-undang, mereka akan diberikan amaran sebanyak tiga kali, dirotan mahupun dibuang negara.Begitulah tetapan kerajaan Xenia. Sampai saja Auni di pejabat, Kak Leya menyapa Auni.'' Assalamualaikum Auni. Apa khabar? Sihat? Ceria betul kamu ni ya akak tengok. Senyuman kamu tak pernah lekang di bibir.'' ''Alhamdulillah Kak Leya, sihat. Ceria? Heheh. Senyum kan sedekah?'' balas Auni. Auni dengan pantas membuat fingerscan sambil melihat jam tangannya.''Fuuhhh. Nasib baik sempat. Kalau tak, habislah.'' monolog hati kecil Auni. Sejurus selepas itu, loceng berbunyi menandakan semua murid perlu berkumpul di tapak perhimpunan bagi perhimpunan rasmi hari itu. Kebetulan hari itu hari Isnin. Selepas menyanyikan lagu negara Xenia dan lagu sekolah, majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas dan disusuli dengan ucapan Guru Besar. Sambil mendengar kata-kata daripada guru besar, Auni melihat para pelajar yang sedang tekun mendengar ucapan tersebut. Matanya menangkap seorang pelajar dari darjah 5 yang kelihatan kepalanya tertunduk kebawah. Namanya selalu disebut-sebut di kalangan guru-guru. Ini bukan kerana anak itu nakal tetapi cara anak itu sangat pelik. Ini kerana menurut cerita yang disebarkan, ketika guru sedang mengajar, anak itu akan tidur. Dia juga tidak bercampur dengan kanak-kanak yang lain. Dia selalu berseorangan. Lalu Auni menanyakan kepada Cikgu Siti di sebelahnya. ''Cikgu, siapa nama anak itu?'' sambil menunjukkan ke arah anak tersebut. ''Oh, budak tu. Namanya Faris.'' jawab cikgu Siti. ''Ouh.'' balas Auni pendek. Dalam fikiran Auni tertanya-tanya tentang anak yang bernama Faris itu.

                     Tamatnya perhimpunan pagi itu, Auni terus berjalan ke kelas yang dijadualkan. Pada hari ini, Auni telah ditugaskan untuk menggantikan Cikgu Amna yang cuti bersalin untuk mengajar subjek Matematik. Sepanjang perjalanannya ke kelas, dia asyik memikirkan tentang Faris. Sehinggakan Auni hampir melanggar seorang pelajar yang berselisih dengannya. ''5 Galaksia''. Terpampang di depan pintu di mana Auni berdiri. ''Ni kan kelas Faris kalau tak silap?'' kata hati kecil Auni. Tanpa membuang masa, Auni terus masuk menuju ke meja guru di sudut kelas. ''Bangun semua, assalamualaikum cikgu.'' jerit Amin si ketua kelas ''Assalamualaikum cikguuuu..'' bergema seisi kelas tatkala semua pelajar menyahut kata-kata Amin. ''Waalaikumsalam semua. Duduk.'' jawab Auni.'' Baiklah kelas hari ni saya akan menggantikan Cikgu Amna yang cuti bersalin dalam subjek matematik. Baiklah. Sekarang saya minta untuk kamu semua menekan button Mathematics di skrin meja kamu itu ya.'' arah Auni kepada anak-anak kelas 5 Galaksia. Pada zaman sekarang, para pelajar sudah tidak perlu membawa buku-buku ke sekolah kerana satu alat telah dicipta iaitu dimana meja-meja yang disediakan di sekolah telah pun dinaiktarafkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar. Meja tersebut telah direka khas oleh seorang guru pada 30 tahun yang dulu. Jadi pada tahun ini, 2043, semua pelajar hanya perlu membawa tablet bagi memudahkan guru-guru memberi kerja sekolah selepas tamat waktu persekolahan di samping memberitahu apa-apa informasi penting yang perlu disampaikan. Hal ini amat praktikal kerana para pelajar tidak perlu membawa alat tulis ke sekolah. Hanya perlu tekan dan touch screen sahaja. Mudah bukan? ''Baiklah sekarang saya hendak awak semua sentuh pada bab 6 ya? Kita akan sambung bab baru hari ini.'' ''Faham semua?'' tanya Auni selepas dia memberi penerangan kepada murid-murid. ''Faham cikgu.'' sambil itu mata Auni melilau melihat ke tempat Faris. Betullah kata-kata Cikgu Siti tadi. ''Faris, kamu faham?'' soal Auni. Rakan di sebelah Faris cepat-cepat mengejutkan Faris yang lena di sebelahnya.''Faris, bangunlah. Cikgu panggillah.'' Terpisat-pisat Faris bangun dan berkata'' Faham cikgu.'' Auni berasa tidak puas hati lalu dia bertanya,'' Apa yang awak faham dari apa yang saya ajar tadi? Kalau betul cuba awak buat soalan di depan skrin awak sekarang.'' lantas tangan Auni ligat membuat soalan bagi diberikan kepada Faris. Tanpa kurang 5 minit, Faris sudah pun menyiapkan soalan yang diberinya tadi. '' Benarlah budak ni istimewa'' detik hati kecilnya. ''Baiklah kelas, saya akan beri kamu kerja rumah dan pastikan siap. Nanti hari Rabu saya nak semak. Pastikan kamu semua hantar kepada saya ya?'' arah Auni sambil tangannya ligat mengemas barang-barangnya. ''Terima kasih kelas'' ucap Auni.
'' Terima kasih cikgu'' balas seisi kelas.

                                       **********************************************

                    Sambil berjalan ke arah bilik guru, bagai tergiang-ngiang di telinganya tentang cerita berkaitan Faris yang disampaikan oleh Cikgu Siti pagi tadi.'' Si Faris tu, awak nampak je tidur dalam kelas, tapi budak tu pandai tau. Dalam kelas selalu dapat nombor satu. Duduk pun kelas pertama. Saya pun tak tahulah nak cakap apa. Walaupun dia baru berusia 11 tahun, tapi otak dia macam umur 15 tahun. Pernah masa tu saya saja nak test dia. Saya panggil dia. Saya bagi dia soalan matematik Form 3. Tajuk Circles. Sekejap je dia boleh selesaikan soalan tu. Saya tanya dia mana dia belajar? Dia kata dia selalu belajar kat internet.'' terhenti lamunan Auni tatkala dia disapa oleh Cikgu Imran. ''Cikgu Auni, awak fikirkan apa tu? Sampai saya panggil pun tak dengar.'' Auni hanya menyengih saja.'' Ehh, ye ke cikgu? Awak ada panggil saya ke? Maaflah. Saya tak perasan tadi. Takdelah, saya cuma terfikir tentang anak murid saya, Faris namanya. Cikgu Imran kenal?'' balas Auni. ''Faris? Budak kelas 5 Galaksia tu? Kenal tu taklah sangat. Tapi saya tahulah pasal dia sikit-sikit. Kenapa?'' soal Cikgu Imran. ''Takde apa-apalah.'' sambil tersenyum Auni menjawab pertanyaan Cikgu Imran. Mereka berbual sambil berjalan ke arah meja masing-masing. ''Baiklah Cikgu Auni, saya nak ke tempat saya dululah. Nanti ada masa kita borak lagi ye? Dan lagi satu, saya nak ingatkan awak ni. Lain kali masa berjalan tu fokus tau. Takut-takut nanti terjatuh pulak. Susah saya.''sambil tersengih Cikgu Imran berkata sebaik saja Auni sampai di mejanya. ''Baiklah, Cikgu Imran. Ha? Apa Cikgu? Cikgu yang susah? Kenapa pula?'' soal Auni pelik. ''Eh takde apa-apalah Cikgu Auni.'' balas Cikgu Imran malu. Hakikatnya Auni mendengar usikan Imran dan hatinya terasa berbunga riang tatkala diusik begitu. Namun dia hanya memendamkan saja perasaannya itu. Sambil itu sebuah senyuman terukir dibibirnya tanpa disedari.

                                        *********************************************

                   ''Awal kamu balik, Auni.'' sapa Pn. Airiesya sebaik Auni masuk ke dalam rumah setelah menjawab salam. '' Hari ni tak ada meeting bu. Tu yang Auni dapat balik awal ni.'' '' Kamu dah makan belum ni? Ibu dah siap masak kat dapur tu. Ibu nak naik kejap. Nak solat Zohor.'' ucap Pn. Airiesya. ''Takpelah ibu, Auni makan kejap lagilah. Ibu dah makan belum? Kalau belum kita makan  sama-samalah. Auni pun nak naik jugak. Nak mandi dan solat sekali.'' ''Ha, yelah. Nanti ibu tunggu kamu kat bawah.'' balas Pn. Airiesya.

                                    *************************************************

                 Selepas solat Isyak tadi, Auni terus berbaring di atas katilnya sambil memandang ke arah kipas yang berpusing di atas kepalanya. '' Bagaimana si Faris tu boleh memahami subjek yang di luar batas umurnya ya? Apakah yang bermain di benak fikirannya ya? Di saat kanak-kanak sebaya dengannya bermain apakah yang dia lakukan?'' Pelbagai persoalan bermain di minda Auni saat itu. Sungguh ini pertama kali dia berjumpa dengan kanak-kanak sepintar Faris. Seingatnya sewaktu membuat praktikal dahulu, dia belum pernah bertemu dengan kanak-kanak seperti Faris. Malam itu Auni tidur dengan pelbagai persoalan yang timbul dalam benak hatinya.

                                ***************************************************

                       ''Assalamualaikum Auni. Awal sampai hari ini?'' ''Waalaikumsalam Pak Mat. Saja saya keluar awal hari ni. Trafik kat udara pun taklah teruk sangat.'' balas Auni mesra. Sememangnya itulah tabiat Pak Mat. Selalu menegur Auni tatkala Auni sampai di sekolah. Selesai saja Auni meletakkan keretanya, dia lantas bergerak ke pejabat untuk fingerscan. Sebaik saja Auni melangkah masuk ke dalam pejabat, Kak Leya terlebih dahulu telah menyapanya.''Auni, awal kamu hari ni?'' sambil tersenyum.'' A'ah Kak Leya. Saja saya keluar awal hari ni.'' balas Auni. ''Assalamualaikum, Kak Leya, ehh, Cikgu Auni pun ada? Awal sampai Auni?'' sapa Cikgu Imran sebaik saja melangkah masuk ke dalam pejabat. ''Eh, Cikgu Imran. A'ah. Saja je hari awal ke sekolah. Tiba-tiba rasa macam bersemangat pulak.'' ucap Auni sambil tergelak kecil. Begitulah ukhuwah yang terjalin antara guru-guru dan staf sekolah tersebut. Masing-masing saling hormat-menghormati. Bak mutiara kata ''Yang tua dihormati, yang muda disayangi''. Hubungan mereka ibarat keluarga namun batas-batas yang ditetapkan Islam masih lagi dipatuhi.

                                     *********************************************

                 ''Ya Allah, penatnya hari ni..'' ucap Auni selepas dia duduk di mejanya. '' Kenapa ni Auni? Semacam je akak tengok.'' soal Cikgu Zila yang bersebelahan meja dengan Auni. ''Ntahlah kak. Rasa penat sangat hari ni. Rasanya tak cukup tidur kot malam tadi. Berjaga nak siapkan kertas kerja untuk program lawatan tu.'' ''Oh. A'ahlah. Akak lupa Auni yang kena buat ea kertas kerja tu? Takpelah. rehatlah. Lepas ni ada kelas lagi ke?'' ''Alhamdulillah kak, takde. Tulah ingat nak pergi makan. Since breakfast tadi saya belum makan apa-apa lagi.'' jawab Auni sopan. ''Akak dah makan? Kalau belum jom. Saya belanja.'' ''Eh, takpelah. Akak pun baru je makan tadi dengan Cikgu Siti.'' balas Cikgu Zila. ''Baiklah kak. Saya pergi dulu ye? Assalamualaikum.'' ucap Auni. Sejurus selepas itu, jam Auni berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
  
     ''Assalamualaikum, Auni. Awak dah makan? Kalau belum jom makan sama-sama? Saya tunggu awak kat kantin. Yang ihklas: Imran Haikal :)

Itulah yang tertera di pancaran hologram jam milik Auni. Pada era globalisasi ini, manusia sudah tidak perlu menggunakan telefon bimbit yang besar mahupun kecil. Semuanya telah disertakan di dalam jam kecil yang mempunyai pelbagai fungsi. Boleh membuat panggilan, menghantar pesanan sama ada bertulis mahupun suara. Saiznya yang pelbagai sesuai dengan pembeli. Tanpa sedar Auni tersenyum sendirian. Auni sedar, hubungannya antara Imran bukan hanya sebagai seorang teman. Tetapi lebih daripada itu. Sebenarnya Imran telah menyimpan hati terhadap Auni sudah lama. Sejak mereka bertemu pertama kali sewaktu di pejabat sekolah, sehari selepas mereka bertugas di sekolah tersebut. Alhamdulillah, setelah hati Imran yakin dengan keputusan yang bakal dibuat, Imran telah menghantar rombongan meminang ke rumah Auni bagi mengikat tali pertunangan dengan Auni. Walaupun mereka baru saja berkenal dan belum hampir satu tahun mengenali hati budi masing-masing, Imran percaya Auni mampu menjadi isteri yang terbaik buatnya dan anak-anaknya kelak. Kini sudah hampir 6 bulan Auni bergelar tunang kepada Imran Haikal. Dengan pantas Auni membalas pesanan itu.

            ''Waalaikumsalam. Makan? Awak ni macam tahu-tahu je saya nak pergi makan. Ok jugak.Tapi janganlah kita berdua je. Tak elok. Lagipun ayah saya pun dah pesan kan? Ok, kejap lagi saya sampai. :)''

              Dengan pantas, Auni berjalan ke meja Cikgu Syakirah. Kebetulan Cikgu Syakirah juga sama seperti Auni, cikgu muda. ''Kirah, kau dah makan? Kalau belum, jom teman aku.''soal Auni. ''Makan? Eemmmmm. Bole jugak. Perut aku ni pun dah macam-macam lagu berbunyi.'' balas Syakirah.'' Ok. Set. Jomlah.'' ''Ok jom.'' Syakirah dan Auni bersahabat baik kerana mereka sama-sama telah di tugaskan untuk membantu guru perpustakaan dalam urusan pengurusan. Lagipun umur mereka pun sebaya. Masing-masing baru berusia 26 tahun. Mereka pun berjalan beriringan ke kantin sekolah yang terletak tidak jauh daripada bilik guru.

                                      *************************************************
                 Pejam celik, pejam celik, sekarang sudah pun tahun 2044. Sekejap sahaja masa berlalu. Auni telah pun diberi kepercayaan dalam mengajar murid-murid darjah 6 kerana mereka bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun itu. Sebagaimana yang tertulis di tangan takdir, Auni telah pun ditugaskan untuk mengajar dikelas 6 Galaksia, kelas dimana Faris berada. Walaupun UPSR sudah pun lama dimansuhkan, satu ujian khas telah diwujudkan bagi membolehkan pelajar yang cemerlang akademiknya untuk masuk ke sekolah yang lebih bagus.'' Baiklah kelas. Hari ni saya nak kamu touch pada bab 9 Mathematics. Baiklah. Minggu lepas saya dah ajar kamu tentang asas-asasnya kan? Baiklah, hari ni kita akan sambung lagi subtopik seterusnya. Saya nak kamu fokus pada topik hari ni kerana kamu akan menduduki peperiksaan percubaan dan terus dengan peperiksaan sebenar. Faris, saya harap kamu tumpukan perhatian kamu sepenuhnya terhadap apa yang saya terangkan ya?'' ucap Auni panjang lebar. ''Baik, cikgu.'' jawab Faris perlahan. Setelah Auni selesai membuat penerangan, Auni membiarkan anak-anak muridnya membuat latihan yang diberinya sebentar tadi. Kebetulan pula waktunya pula di waktu yang terakhir jadi Auni mengambil keputusan untuk melanjutkan masa mengajar sedikit. Sambil-sambil itu, dia memerhati seisi kelas. Akhirnya, matanya tertancap pada susuk tubuh anak kecil bernama Faris itu. Padanya anak itu banyak menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain. Dari raut wajahnya pun Auni sudah boleh baca bahawa ada yang tersirat di sebalik muka yang kelihatan tenang. Faris yang dahulunya amat cemerlang dalam akademiknya, kelihatan keputusannya menurun kebelakangan ini. Semua guru-guru naik hairan dibuatnya. Yalah, dahulu dia lah yang paling bijak, kini menurun pula prestasinya. Lagipun dialah satu-satunya harapan sekolah untuk menaikkan nama sekolah. Oleh itu, Auni memberinya perhatian yang lebih kepada Faris. ''Ok,kelas. Masa dah tamat. Kamu semua boleh kemas barang dan yang mana tak siap tu, nanti sambung kat rumah ya? Baiklah semua. Terima kasih kelas.'' laung Auni. ''Terima kasih cikgu.'' bergema kelas 6 Galaksia dengan suara mereka. ''Faris, saya nak awak tunggu sebentar.'' arah Auni. Lambat-lambat anak itu berjalan ke arahnya. ''Faris, jom ikut cikgu ke bilik guru. Saya ada benda nak cakap dengan awak.''kata Auni lembut.

                                        *******************************************

                     ''Duduklah sebelah sini.'' arah Auni. ''Saya nak tanya awak sesuatu boleh? Awak ada masalah keluarga ke kat rumah? Sebab saya dah lama perhatikan awak. Saya nampak awak ni murung je kebelakangan ni. Cuba awak ceritakan pada saya.'' ucap Auni lembut. Lama Faris menyepi. Diam dan terus diam. ''Faris, awak ok tak ni?'' soal Auni memecah keheningan. Tiada kata yang keluar dari mulut Faris. Auni terlihat sebutir mutiara jernih jatuh di pelipis pipi anak kecil tu. ''Laaaa..,Faris kenapa ni? Meh sini kat cikgu..'' respon Auni setelah melihat anak itu menangis perlahan. Akhirnya, perbualan antara mereka hanyalah diakhiri dengan linangan air mata daripada Faris.

                                     **********************************************

             Hari itu, Faris balik ke rumah dengan hati yang pilu. Sepanjang perjalanannya ke rumah,  air mata tak berhenti mengalir. Sudah lama dia memendam rasa. Biarpun hidup dalam keadaan yang serba mewah, namun hidupnya tidak bahagia. Dari depan Pak Fiq, pemandu peribadi Faris menegurnya,'' Faris, dah lah tu nak. Jangan sedih-sedih lagi.'' Faris terus menyepi. Sesampainya di rumah, Faris terus naik ke atas menuju ke biliknya.'' Kesian budak ni. Kecik-kecik lagi dah kena hadapi semua ni.. Allah..'' bebel Pak Fiq sorang diri. ''Maafkan Faris cikgu. Maafkan Faris. Bukan Faris tak nak cerita, tapi Faris tak tahan bila cikgu peluk dan ambil berat tentang Faris. Faris tersentuh...'' mengalir lagi air mata Faris selepas dia melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Hakikatnya, walaupun Faris dibanjiri kemewahan harta yang menimbun-nimbun, namun anak kecil itu sangat miskin dengan kasih sayang. Sebenarnya, pada awalnya, keluarga Faris merupakan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Namun kebelakangan ini ibu bapanya sering bergaduh. Tambahan pula, Faris ialah anak tunggal. Jika dahulu, hubungan ibu dan ayahnya sangat rapat. Mereka sekeluarga boleh dikira sebagai keluarga yang bahagia. Tapi itu semua tinggal kenangan. Sedang asyik Faris memandang ke arah siling yang kosong itu, dia terdengar pertengkaran mama dan papa nya. ''Again..and again..Sampai bila nak macam ni?'' ucap Faris sambil teresak kecil.Malam itu Faris tidur dengan linangan air mata.

                                ***************************************************

                Hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Ramai ibu bapa yang hadir bagi melihat anak mereka mengambil keputusan peperiksaan. Ya. Hari ini ialah hari di mana calon akan diberikan keputusan peperiksaan yang baru saja berlangsung seminggu yang lalu. Pada zaman yang serba canggih ini, penandaan jawapan semuanya menggunakan mesin. Kerana jika dahulu, penandaan jawapan pasti mengambil masa yang lama dan menggunakan tenaga kerja yang ramai. Kini pengacara majlis sedang menyebut nama-nama pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. ''Muhammad Faris Bin Kamarudin.'' Nama itulah yang ditunggu oleh Auni. Alhamdulillah, walaupun keputusan Faris agak menurun sebelum peperiksaan sebenar, namun berkat usaha  dan doa semua guru-guru Faris berjaya menaikkan semula prestasinya. Namun kelihatan anak itu sedang mencari-cari susuk tubuh seseorang. Detik hati Auni, ''Pasti Faris mengharapkan kehadiran mama dan papanya. Ya Allah Kau berilah kebahagiaan kepada anak kecil ini. Amin'' begitulah harapan seorang guru terhadap anak muridnya.

                                  *************************************************

                       Kini sudah 3 tahun berlalu. ''Auni, kau ingat lagi tak kat anak murid kau yang namanya apa ea...? Hah! Faris nama dia..Ingat tak?'' soal Syakirah sebaik saja  Auni duduk di tempatnya.''Faris? Ingat. Kenapa?'' jawab Auni. ''Aku dengar baru-baru ni mak ayah Faris tu meninggal dalam kemalangan kereta kat laluan udara dekat dengan bangunan pentadbiran Xenia.'' ucap Syakirah. ''Ye ke? Ya Allah.. Takpelah. Nanti aku cari alamat dia kat data sekolah. Aku nak jenguk dia.'' respon Auni. Selepas tamat waktu sekolah, Auni segera menghantar pesanan kepada Kak Leya.

             ''Assalamualaikum. Kak, Auni nak mintak tolong bole? Tolong Auni carikan alamat rumah Muhammad Faris bin Kamarudin. Thanks akak.''

            Sesaat selepas itu, Kak Leya sudah pun membalas pesanan yang dihantar oleh Auni. ''Ajak abanglah. Nanti bole terus amik Nurul kat taska.'' rancang Auni. Dengan pantas dia menghubungi suaminya. Kini Imran sudah ditukarkan ke sekolah menengah atas arahan pihak Kementerian Pelajaran Xenia. Pantas Auni menghantar pesanan kepada Imran.

                 ''Assalamualaikum abang. Amik Auni kat sekolah. Auni nak ajak abang pergi rumah Faris lah. Boleh ya?''

                 ''Waalaikumsalam. Ok. Auni tunggu kat depan. Lagi 5 minit abang sampai.'' 

                             *************************************************

               ''Kesian kan bang nasib Faris tu? Baru 15 tahun dah jadi anak yatim piatu. Abang, saya ada terfikir sesuatulah.'' ucap Auni selepas mereka solat fardhu Isyak berjemaah. ''Betul jugak. Abang pun kesian tengok dia. Kat siapalah dia nak bergantung hidup lepas ni? Driver peribadi dia dan orang gajinya tu dah berhenti kerja pulak tu.. Allah..Haa.. Idea apa? Awak ni.. Ada-ada je..'' balas Imran. Sambil menyangkut telekung di rak, Auni membalas,'' Takde bang, saya bercadang nak ambil Faris tu sebagai anak angkat kita. Kebetulan kita pun mampu nak tanggung dia. Macam mana pada pendapat abang?'' Lama Imran menyepi. ''Abang..., dengar tak ni?'' soal Auni geram. ''Hmmmmm.., bagus jugak idea tu. Faris tu pun baik budaknya. Abang setuju je, tapi apa kata ibu?''. ''Takpe pasal ibu nanti Auni cakap kan. Abang jangan risau ye? Oklah, saya nak ke bilik Nurul kejap. Ntah apa dia buat kat bilik dia tu.'' balas Auni.

                                          ************************************************

              Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kini kegembiraan hidup yang dirasakan dahulu ibarat lenyap dan tenggelam di dasar lautan. Segala keharmonian yang dulunya menghiasi hari-hari penduduk Xenia hilang begitu sahaja. Ini semua kerana penyakit itu. Bumi Xenia telah dilanda satu penyakit misteri. Penyakit ini saban hari meragut nyawa sesiapa yang dijangkitinya.Sewaktu penyakit itu mula dikesan, ayahnya Profesor Hakim dan rakan-rakan saintisnya telah mula mengkaji dengan teliti apa puncanya, simptom-simptomnya dan yang paling penting penawarnya. Penyakit ini mula menyerang melalui daripada sentuhan kulit. Ianya akan terus meresap ke dalam sel darah dan terus menyerang ke bahagian otak. Dan ini akan mengakibatkan pesakit mula lumpuh perlahan-lahan dan terus merosakkan saraf tunjang utama ataupun akan melemahkan sistem imunisasi badan seseorang. Pesakit yang menghidapnya tidak akan perasan akan simptom-simptomnya kerana masih belum dapat dikesan. Kini, penyakit misteri itu telah pun meragut nyawa ayahnya iaitu Profesor Hakim dan anak kecilnya yang bernama Nurul. Hidup Auni menjadi sepi tanpa tawa daripada anak kecilnya itu. Namun dia masih bersyukur kerana dia masih mempuyai seorang suami yang masih tetap setia di sisinya walau apapun yang berlaku. Dia juga amat bersyukur kerana walaupun anak kandungnya telah pergi menemui Ilahi, dia masih lagi mempunyai Faris. Biarpun anak itu hanya bergelar anak angkat, Auni tetap memberikan kasih sayangnya sepenuh hati.

                           *****************************************************

          ''Alhamdulillah kan bang. Tak sia-sia kita bawak Faris pergi buat IQ test kat lab arwah ayah dulu.'' kata Auni. ''Betullah. Abang pun rasa gitu. Semoga dia boleh jadi pelapis arwah ayah.'' ''Tulah, masa saya mula-mula jumpa dia, hati  saya  dah cakap yang Faris ni seorang anak yang istimewa. Tengok jelah sekarang ni. Baru je berusia 17 tahun, dah diterima bekerjasama dalam membantu mencari penawar penyakit misteri tu.'' ujar Auni.

                             ******************************************************          
       ''Assalamualaikum.'' ''Assalamualaikum.'' sapa Faris dari luar. ''Ada orang ke tak ni? Assalamualaikum....'' sapa Faris sekali lagi.'' Ohh.. Haaa.. Waalaikumsalam. Masuklah.'' jawab Auni. Lantas Faris terus berjalan mendapatkan ibunya yang sedang duduk di ruang tamu. Faris menyambut tangan ibunya dan bersalaman tanda hormat. ''Ibu buat apa sampai Faris bagi salam pun ibu tak dengar?'' ''Sorry lah sayang. Ibu leka sangat tengok album gambar dalam tab ni.'' ''Ibu, rindu arwah ayah dan adik ke?'' soal Faris prihatin. Dia tahu Auni sangat merindui suaminya dan anak tunggalnya yang amat dikasihi itu. ''Taklah, kebetulan ibu ternampak tu yang ibu tengok.''jawab Auni menutup kesedihan yang melanda dirinya. Faris dapat melihat sisa air mata yang bergenang di mata ibunya. Ya, itulah kebenaran yang terpaksa ditelan walaupun pahit. Hampir setahun sudah pemergian Imran Haikal, cinta hati Auni. Imran telah pun menjadi mangsa kepada penyakit misteri yang telah melanda Xenia. Pada mulanya amat sukar untuk Auni menerima kenyataan yang pahit itu. Namun atas segala nasihat dan kata-kata semangat dari ibunya dan anaknya, Faris, Auni mampu bangkit semula dari kesedihannya. ''Ibu, Faris ada berita gembira nak beritahu ibu.'' ujar Faris gembira. ''Apa dia?'' ''Kami........dah.............''senyap..''Dah apa Faris???'' ''Kami dah jumpa penawar bagi penyakit misteri tu..'' ''Iyaa ke? Alhamdulillah. Syukur sangat.'' ''Alhamdulillah. Kami semua pun rasa sangat bersyukur atas apa yang Allah dah kurniakan ni.'' balas Faris. ''In shaa Allah esok kami akan beritahu pada media dan berikan pada hospital.''

                           **********************************************************
         
                 Kini, nama Faris bukan lagi satu nama yang asing bagi penduduk Xenia. Muhammad Faris, saintis terkenal yang telah berjaya menemukan penawar bagi penyakit misteri yang melanda sekian masa dahulu. Kemana sahaja, pasti orang akan kenal siapa Muhammad Faris. Kini penduduk Xenia dapat bernafas dengan tenang. Tiada lagi yang akan merana dan menderita. Bilangan pesakit di hospital juga semakin menurun.Nama Faris kini bukan saja terkenal di bumi Xenia namun hingga ke luar negara berita tentang kejayaan Faris menenukan penawar itu tersebar. Di samping itu, adik-adik Auni, Adra dan Amir masing-masing sudah berjaya. Adra kini sudah bergelar doktor di sebuah hospital swasta di Xenia. Manakala Amir pula sedang menyambung pelajarannya ke peringkat Master.

                       *************************************************************

                   ''Ibu, Faris ada hal nak bincang dengan ibu.'' kata Faris lalu duduk di sebelah ibunya. ''Haa.. Apa dia? Serious je anak ibu sorang ni.'' jawab Auni lembut. ''Kejap, nenek mana?'' ''Ada kat atas tu, katanya nak solat Isyak.'' ''Ouh. Takpelah.'' ujar Faris ringkas. ''Haaa, kamu nak bagitahu ibu apa tadi?'' soal Auni kehairanan.'' ''Macam ni ibu. Faris dapat tawaran untuk bekerja di satu syarikat swasta terkenal di ibu kota.  Suasana sepi seketika. ''Hmmmm, kamu dapat tawaran bekerja di bawah department apa?'' soal Auni ingin kepastian. ''Faris dapat bekerja kat department pharmacist. Dia lebih kurang macam dekat lab arwah atuk dulu. Gaji yang ditawarkan pun agak lumayan ibu.'' ''Hmmm, kalau itu yang kamu nak, ibu tak larang. Pergilah nak. '' balas Auni. ''Terima kasih ibu. Sayang ibu.'' kata Faris sambil memeluk erat ibunya. ''Terima kasih sangat-sangat ibu.'' ujar Faris sekali lagi.

                      ***************************************************************

                  ''Berita terkini. Selepas hadirnya penyakit misteri yang melanda bumi Xenia setahun yang dulu, kini ada satu penyakit lain yang muncul. Menurut sumber bernama, penyakit ini ternyata lebih berbahaya dan lebih mudah untuk dijangkiti. Dikatakan penyakit ini tersebar melalui pernafasan.....'' berikut petikan berita yang disampaikan melalu skrin di makmal tempat Faris bekerja. Sudah hampir 5 bulan Faris bekerja di situ. ''Faris,..Faris...Kau ada nampak Faris tak?'' soal Hakimi kepada salah seorang pekerja disitu. ''Ntahlah. Tadi aku tengok ada. Asal kau cari dia?'' soal Syaf, tuan empunya badan. ''Takdelah. Tu hah, kau dengar tak berita tu. Profesor Ali nak buat meeting. Kan si Faris tu orang penting.'' ''Oh., betul jugak. Cuba kau cari kat makmal.'' cadang Syaf. ''Hmm oke. Thanks.'' ujar Hakimi. ''Welcome.'' balas Syaf. '' Mana pulak lah si Faris ni pergi?'' bebel Hakimi seorang diri.

                    ****************************************************************

             Jam menunjukkan sudah pukul 5 petang. ''Eh, aku peliklah. Mana si Faris ni pergi haa? Pagi tadi aku nampak dia, samapi pukul 10 tadi aku cari hilang terus. Kau ada nampak tak dia pergi mana-mana?'' soal Hakimi kepada Fateh. ''Oh, aku ada terserempak dengan dia masa kat toilet. Lepastu aku tak jumpa lagi. Tapikan masatuh aku tengok muka dia semacam je. Macam cacing kepanasan.'' balas Fateh. ''Laa, ye ke? Asal kau tak cakap dengan aku awal-awal. Macam orang gila tau aku cari dia. Tapi kenapa ea dia macam ketakutan?'' '' Manalah aku tahu. Sorry beb.'' ujar Fateh kesal. ''Takpelah. Nanti aku cuba tanya security.

                         **************************************************************

              Tanpa disangka-sangka, Faris dilaporkan hilang. Apabila dihubungi, tidak dapat. Seolah-olah talian hubungan terputus. Semua orang tidak dapat menjangka kemana hilangnya Faris. Ditambah pula dengan kehadiran penyakit misteri yang semakin menular, hampir kusut fikiran Profesor Ali. Walaupun berhadap dengan pelbagai dugaan, Auni tetap tabah melaluinya. Sedangkan pada awalnya, Auni amat risau kemana hilang anak terunanya itu. Sudahlah ayah, suami dan anak kandungnya telah pun pergi meninggalkannya, kini Faris pula yang hilang tanpa khabar berita. ''Auni, sabarlah. Semua ni dugaan daripada Allah. Allah nak uji tahap keimanan kamu terhadapNya. Sabarlah nak.'' nasihat Puan Airieysa kepada anaknya. Sungguh beliau kagum akan semangat anak gadisnya itu. Jika dahulu, dia hampir lemas dalam lautan kesedihan, kini dia sangat tabah dan cekal mengharunginya. ''Beginilah Auni. Kita serahkan kes kehilangan Faris ni kepada pihak polis. Biarkan mereka yang menjalankan siasatan dan misi mencari Faris. Kita ni banyak-banyakkanlah berdoa akan keselamatannya. Sekarang ni ibu cadangkan kamu untuk bantu Profesor Ali dalam mencari penawar bagi penyakit yang baru muncul ni. Kamu gantilah sementara tempat Faris dulu. Pasal Faris kamu jangan risau. Tu biar ibu yang uruskan.'' cadang Pn. Airiesya lembut. ''Baiklah ibu. Auni akan cuba sedaya upaya Auni. Baiklah Prof. Ali, saya akan gantikan  tempat anak saya Faris dalam mencari penawar tersebut.'' jawab Auni tenang. ''Terima kasih puan atas  bantuan puan. Baiklah esok, puan boleh hadir ke makmal kami bagi memulakan kajian.'' ujar Profesor Ali gembira. ''Sama-sama. Baiklah.'' balas Auni.

                         ************************************************************

             ''Kau jangan fikir orang lain tak tahu ni semua kerja kau. Kau ingat kau bole lari?'' kedengaran suara garau di hujung talian. ''Apa aku dah buat ni? Apa patut aku buat sekarang?  Macam mana uji kaji aku bole htersilap. Apa yang kurangnya? Macam mana eksperimen yang aku buat sepatutnya jadi penawar tapi jadi virus pulak ni? Aaaaaarrrrrrrgghhhhhhhhhh....!!!!!!!!'' jerit Faris. Itulah kenyataannya. Farislah yang telah menyebabkan penyakit baru itu muncul. Kini dia melarikan diri kerana ketakutan. Namun tanpa dia sedar, ada seseorang yang tahu perkara ini. ''Lambat laun nanti kau tetap akan tersungkur jua ke tanah. Kau tengoklah Faris. Larilah selagi kau mampu. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing sekalipun.'' ucap Syah.

                                                                   T A M A T

Holla..Holla..
Nice to meet you. :)


Welcome readers~ Have a nice flying here. +Follow me. Cick here to exit. Salam Ukhuwah. Dah baca? Jemput follow ye? Bai..Bai...
italic underline bold Link

Old Post